

Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini...
|

Tazkirah 1 - HIDUP SATU UJIAN
Manusia yang sihat dapat menjalani kehidupan ini dengan menilai dan menggunakan setiap inci kejadian alam semulajadi yang di cipta dengan kesempurnaan penciptaan oleh Allah, s.w.t. Namun begitu manusia yang sebaik-baik ciptaan ini, akan diuji sebagai satu proses distilasi berperingkat untuk menilai ketulenan keimanan yang telah diakui suatu ketika dahulu.
Kehidupan ini adalah ujian, setiap masa dan ketika kita akan berhadapan dengannya, namun begitu ada yang berjaya dan ada yang gagal menguruskan ujian itu, yang berjaya dapat mengecapi nikmat dan yang gagal merasakan kekecewaan. Pusingan ini akan silih berganti dalam perjalanan kehidupan selagi kita masih berada di dunia nyata ini.
Ramai orang berkata disebalik ujian itu ada hikmahnya, tetapi disaat-saat kekecewaan melanda diri, biasanya kita akan hilang arah, hilang pedoman, kata-kata nasihat dan dorongan tidak lagi bermakna bagi kita. Malah kadang-kadang kita merasakan diri ini amat malang sekali... Ya itulah kita yang bernama manusia.
Sebenarnya hikmah disebalik kegagalan/kekecewaan bukanlah boleh dilihat dengan mata kasar kita, namum yang hanya dapat melihatnya ialah JIWA... Ya, sememang orang yang jiwanya hidup dan murni akan melihat pasangan kejayaan disebalik kegagalan. Jika kita memahaminya disaat-saat kegagalam menimpa kita, sebenarnya kejayaan adalah terlalu hampir pada masa itu, hanya disebelahnya sahaja, tapi malang sekali JIWA kita buta malah mati, tidak mampu kita melihatnya, lebih lagi menerobos sempadan kejayaaan sehinggakan ianya milik kita.
Hakikatnya Hidup ini adalah Ujian. Ujian adalah tandanya kita masih beriman pada Allah swt. Untuk memberi lebih kefahaman ini...
Sertai Program Motivasi Gaya Hidup Sihat Insaniah
Sila rujuk senarai tarikh, lokasi dan penganjur program terkini seperti dibawah...

|
|||||
|
|||||
|
|||||
|
|||||
|
|||||
|
Untuk makluman semua, Program Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHS-i) ini adalah merupakan program khidmat masyarakat Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI), Malaysia yang dilancarkan secara rasmi pada Jan 2010 peringkat negeri Johor, tujuan program ini adalah untuk mendedahkan masyarakat awam tentang kepentingan Gaya Hidup Sihat menurut Perspektif Islam.. Fokus program ini adalah memberi kesedaran dan membimbing masyarakat awam ke arah penyelesaian kehidupan melalui jalan Agama Islam yang sememang bersifat nasihat….program ini diberikan secara PERCUMA!!!

Jika anda berminat menyertai program ini sila
hubungi perunding kami...
|
Atau
Tazkirah 2 - MIZAJ KESEIMBANGAN KEHIDUPAN
Islam sebagai agama yang paling sempurna menjanjikan syurga kepada umatnya yang taat dan beriman kepada Allah s.w.t. Ganjaran pahala dan syurga yang dijanjikan mudah digapai jika umat Islam menurut apa yang diperintahkan dan menghindar apa yang dilarang.
Namun, semua itu tidak menjanjikan umat Islam menggunakan akal sebaiknya. Ramai yang tersungkur dan gagal dalam perjalanan menggapai syurga yang dijanjikan. Mengapa hal ini boleh berlaku sedangkan Islam dari aspek penyampaiannya amat jelas kepada umat Islam iaitu setiap perkara yang buruk itu ada balasannya.
Mungkin juga hal ini boleh dikaitkan dengan peristiwa semasa Allah s.w.t meminta syaitan sujud kepada Adam. Syaitan enggan kerana merasakan Adam yang dicipta daripada tanah lebih rendah tarafnya daripada syaitan yang dicipta daripada api.
Melihat dendam dan keazaman sang syaitan mahu menyesatkan manusia, manusia harus sedar peranan yang perlu dimainkan dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Tanpa iman yang kukuh, syaitan dan iblis dengan mudah menunaikan sumpah mereka untuk menyesatkan umat manusia yang beragama Islam.
"Saya diajak oleh kawan saya ke program ini, pada mulanya saya rasakan ini mesti program ceramah jualan langsung, tapi demi meraikan kawan saya maka saya pergi juga. Namun setelah mengikutinya barulah saya tahu bahawa ini merupakan majlis ilmu, terlalu banyak sebenarnya yang saya belum tahu berkenaan ilmu kehidupan seharian yang diperjelaskan dalam program ini, yang menariknya saya lebih memahami apa yang dikatakan Islam itu menyeluruh...saya cukup teruja, dalam masa yang singkat saya mula memahami tanggungjawab saya sebagai isteri kepada suami, ibu kepada anak-anak saya dan juga peranan saya pada masyarakat umum" Pn Siti Hajar Abu Bakar, Surirumah (019-7620307)
"Kupasan dan ulasan yang saintifik kepada masalah seharian, memahami kenapa kita sentiasa gagal dalam mengejar cita-cita, menyedarkan saya bahawa kesilapan kita dalam hidup beragama seharian rupa-rupa menjadi faktor utama kita gagal dan kecewa, yang lebih menarik lagi Dr. Norhissam Mustafa juga berjaya memahamkan saya apa yang dikatakan Ujian itu sebenarnya tanda Allah sayangkan kita..." Pn. Kasumabahri Masjuriah, Usahawan (019-7131743)
"Saya disahkan oleh Doktor Perubatan mengidap penyakit Hepatatis C, sehinggakan saya begitu tertekan dan kebingungan, satu hari saya diajak oleh rakan saya untuk mengikuti program Motivasi Gaya Hidup Sihat (pada masa itu dikenali sebagai Program Pembangunan Diri K-SE), disinilah bermula kehidupan baru bagi saya, daripada kuliah ringkas yang disampaikan oleh Dr. Norhissam Mustafa selama 3 jam telah berjaya meyakinkan saya bahawa ujian itu sungguh indah dan manis, berkat dorongan dan panduan daripada belian saya secara istiqamah berusaha mencari rawatan dan akhirnya kini saya alhamdulillah normal seperti orang biasa, sehinggakan ramai saudara-mara dan kawan-kawan saya bertanya bagaimana boleh sihat, saya katakan hadirlah ke program Motivasi Gaya Hidup Sihat Insaniah, insyallah anda akan dapat jawapannya..." Hassan bin Hamzah, Kakitangan Kerajaan (019-7499006)
Tazkirah 3 - KITA SERING BERTANYA, AL-QURAN TELAH MENJAWABNYA!
Kita bertanya : Kenapa aku diuji? Firman Allah SWT, yang bermaksud :
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." Surah Al 'Ankabut ayat 2-3. Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan? Firman Allah SWT, yang bermaksud :
"Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216. Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini? Firman Allah SWT, yang bermaksud :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". Surah Al-Baqarah ayat 286 Kita bertanya : Kenapa aku rasa begitu kecewa sangat? Firman Allah SWT, yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan jangalah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman." Surah Al-Imran ayat 139 Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?Firman Allah SWT, yang bermaksud : Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya, sangat beratnya ujian ini...Firman Allah SWT, yang bermaksud : Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?Firman Allah SWT, yang bermaksud : Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?Firman Allah SWT, yang bermaksud : Kita berkata : Aku sudah tak tahan lagi!!!Firman Allah SWT, yang bermaksud : |
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." Surah At-Taubah ayat 24
Bagi anda yang telah mengikut program Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHS-i) ini, anda berpeluang untuk berkongsi apa yang telah anda perolehi dalam program ini dengan cara membawa program ini ke tempat anda, melalui program khidmat masyarakat Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI), Malaysia... semuanya PERCUMA!!!
Apa yang anda perlukan lakukan ialah hanya berusaha bagaimana untuk kumpulkan tidak kurang daripada 25 orang peserta... Kemudian hubungi Perunding Profesional kami untuk mendapatkan tarikh yang bersesuaian, Insyalllah pihak Institut Perubatan Komplimentari Islam (IP-KI), Malaysia akan menyedia penceramah yang bersesuai dengan peserta program.
Anda boleh berkerjasama dengan apa-apa badan sekalipun termasuklah persatuan penduduk, jawatan kuasa kampung, NGO, Jawatan Kuasa Masjid, PIBG, Sekolah dan syarikat swasta. Ya... semuanya PERCUMA!!! (buat masa ini kami tumpukan program ini di negeri Johor sahaja, bagi program luar daripada negeri Johor boleh dipertimbangkan berdasarkan kelapangan program semasa)
"Seminar Gaya Hidup Sihat sangat baik dan sesuai dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan mengamalkan cara hidup yang baik. Disaat masyarakat yang telah kehilangan panduan dan pedoman, Seminar Gaya Hidup Sihat Insaniah adalah salah satu cara untuk membantu masyarakat dalam usaha menangani masalah semasa. Saya mencadangkan disampaikan kepada semua lapisan masyarakat... " Juliana binti Jumaat, Kaunselor Sek Men. Sains Kluang, Johor (019-7140787)
"Satu Program yang memberikan kesedaran tentang pentingnya kembali kepada amalan Quran & Sunnah secara istiqamah dengan memahami hikmah disebaliknya, sepatutnya pendedahan ini disampaikan kepada segenap masyarakat yang ketandusan ilmu kehidupan". Hilyati binti Asrak, Guru (019-2461439)
"Dulu sebelum datang seminar Gaya Hidup Sihat Insaniah, rasa apa-apa yang kita buat/pakai/makan dah betul sangat dah...tapi apabila dah dengar penjelasan dalam seminar barulah tahu/faham selama ini apa yang saya lakukan itu rupa-rupa kurang sempurna malah sebahagiannya silap, memang patutlah kita tak sihat dan bermasalah... sebaiknya semua orang perlu hadir seminar ini, saya harap pihak IP-KI teruskan usaha ini ke seluruh pelusuk Malaysia. Saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi peluang saya menghadir program ini, sungguh berguna dalam menilai semula gaya hidup seharian saya dan seisi keluarga..sekarang ni bila sakit atau ada masalah saya boleh berlapang dada kerana sedikit diberikan kefahaman..." Mariati binti Kasmuni, Ibu Tunggal (013-7339830)
Bertindak SEGERA! Hubungi Perunding Profesional Kami...
|
Atau
Tazkirah 4-MENDIDIK MANUSIA SEDARI AWAL PEMBENTUKANNYA
Terlalu kerap kita mendengar ungkapan "anak umpama kain putih, ibu bapa adalah pencoraknya". Begitu juga ungkapan lama seperti "bapa borek anak rintik", "bagaimana acuan begitulah kuihnya", "bagaimana contoh begitulah gubahannya", "bagaimana ditanam, begitulah dituai", "bagaimana rupa begitulah bayangnya", dan banyak lagi. Ungkapan pepatah dan peribahasa lama ini dengan jelas menyatakan bahawa bagaimana kita mendidik si cilik, begitulah nanti dewasanya si cilik dengan didikan kita.
Ungkapan itu juga menjelaskan betapa didikan yang pelbagai untuk anak-anak bakal memanusiakan mereka atau menjadikan mereka bukan manusia. Istilah memanusiakan anak-anak memerlukan kefahaman yang tinggi bukan sahaja dari sudut material dan akal semat-mata malahan paling penting kefahaman dari aspek Spritual dan Emosionalnya (kerohanian dan kejiwaan).
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut..."(Al-A'raaf : 58)
Meninjau kisah Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya?". Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Ini bermakna, bapa Imam Hanifah telah menyiapkan dirinya yang terbaik agar anak yang dilahirkan kelak mewarisi kebaikan dan akhlaknya. Hal ini harus dipandang berat oleh ibu bapa masa kini yang beranggapan bahawa pertalian mereka dan anak-anak hanya atas dasar pertalian darah semata.Sebenarnya ia lebih dari itu.
Dalami juga nasihat-nasihat berguna Luqman Al-Hakim kepada anaknya ketika mereka sedang dalam sebuah perjalanan yang jauh. Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang miskin, namun telah mengkayakan anaknya dengan nasihat-nasihat yang berguna sehingga nasihat beliau diwahyukan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran dan menjadi sebahagian ilmu yang berguna kepada umat Islam hari ini.
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis tersebut memberi maksud seperti pepatah lama Melayu di atas iaitu "bagaimana acuan begitulah kuihnya". Ini bermakna tugas ibu bapa bukan sahaja mendidik diri sendiri menjadi manusia yang baik, malah mendidik anak sejak di dalam kandungan sehingga ia lahir ke dunia.
Setiap insan yang berpasangan pasti mengimpikan agar dikurniakan anak-anak bukan sahaja sebagai penyeri rumah tangga malah terlebih tepat sebagai penyambung zuriat dan keturunan. Menyedari hakikat ibu bapa sebagai pemegang amanah, mereka harus memainkan peranan dengan baik dan konsisten.
Terdapat pelbagai jenis buku ditulis bagi memberi panduan kepada ibu bapa dalam menghadapi dunia keibubapaan. Sedari penjagaan bayi dalam kandungan, menamakan bayi dengan nama yang baik, panduan penjagaan bayi selepas dilahirkan sehingga bayi berusia akil baligh, serta panduan bagi psikologi ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Tidak terlupakan juga banyak bengkel dan seminar-seminar diadakan untuk ibu bapa menangani konflik dalam penjagaan anak-anak. Pelbagai medium terutama medium berbentuk teknologi dan ciptaan moden diwujudkan bagi membantu ibu bapa memainkan peranan sebaiknya dalam usaha memanusiakan anak-anak mereka.
Al-Quran sendiri memainkan tanggungjawab yang besar dalam mengingatkan ibu bapa tentang peranan mereka mendidik anak. Begitu juga peranan anak terhadap ibu bapa serta hubungan baik sesama manusia.
Kelalaian ibu bapa tidak harus digaduhkan atau dipanjang-panjangkan. Terutama apabila si anak melakukan sesuatu yang tidak baik. Ungkapan "bukan salah ibu mengandung" seringkali diluahkan oleh ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Memang bukan salah ibu mengandung sehingga terlahir anak yang begitu atau begini. Namun, kesilapan kecil ibu bapa dan kelekaan yang mereka lakukan tidak harus diambil ringan dan dilupakan begitu sahaja.
Antara kelekaan ibu bapa yang sering
berlaku adalah:
|
Melihat kepada beberapa kelekaan yang telah dilakukan oleh ibu bapa masa kini, jika tidak ditangani, tidak mustahil setiap hari kita akan membaca berita tentang tingkah laku anak-anak yang tidak masuk akal.
Selalunya anak-anak yang menerima pendidikan dan persekitaran yang tidak baik akan menunjukkan sikap sebenar mereka apabila mereka berada di alam persekolahan atau meninjak usia remaja. Tidak hairan, kebanyakan kes jenayah melibatkan usia remaja. Ini termasuklah anak-anak remaja yang terlibat dalam kes mencuri, mencederakan orang lain, dadah, seks rambang, pembuangan anak dan paling memilukan jenayah berat seperti membunuh dan sebagainya.
Apabila membaca berita begini, terlintas di fikiran kita tentang pengaruh-pengaruh luar yang menyebabkan anak-anak menjadi liar dan tidak terkawal. Ya, pengaruh dari persekitaran memang tidak dapat dihalang. Namun, Seperti yang diberitakan sejak awal bahawa keikhlasan menjalankan amanah sebagai ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan membantu mereka menggunakan akal dalam menerima atau menolak pengaruh yang mendatangi mereka.
Anak-anak umpama kain putih. Ibu bapa adalah pencoraknya. Apabila anak-anak dewasa, mereka akan cuba mengubah atau menokok tambah corak yang telah dilakarkan. Jika corak yang dilukis sedari awal oleh ibu bapa merupakan corak kelekaan, maka apabila si anak dewasa, corak kelekaan itu akan merugikan anak-anak kecuali anak tersebut bijak berfikir dan mencorakkan sendiri kehidupan mereka dengan corak yang bermakna.
Membentuk manusia bukan dengan menghantarnya ke sekolah semata-mata. Setinggi atau selama mana manusia bersekolah, tidak akan mampu mengubah sikap buruknya jika akar umbinya iaitu iman tidak ditanam sedari kecil. Malah sedari awal pembentukan manusia di dalam rahim ibu, manusia di sekelilingnya terutama ibu bapanya harus mencorak diri mereka dengan corak yang bermakna disulami dengan iman dan akal yang utuh. Dengan demikian, generasi yang terlahir dan membesar kelak adalah generasi yang bermakna dan bermanfaat untuk bangsanya dan agamanya.
|
![]() |
Copyright Seminar Motivasi Gaya Hidup Sihat Insaniah 2010.














